Amaran Tsunami Turut Dikeluarkan Di Hawaii & Ecuador
Gempa bumi berkekuatan 8.7 magnitud di timur jauh Rusia bukan sahaja mencetuskan amaran tsunami di Jepun dan Rusia tetapi juga merentasi bahagian Pasifik yang lain termasuk di Hawaii, Ecuador dan di sepanjang pantai California, lapor AFP.
Gelombang ombak tiga meter dijangka akan melanda di kawasan-kawasan terbabit pada Rabu.
Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Honolulu, Hawaii, amaran itu juga termasuk di Chile dan sepanjang pantai barat Amerika Selatan.
“Ombak tsunami yang mencecah lebih 3 meter di atas paras air pasang berkemungkinan melanda beberapa pantai barat laut pulau Hawaii dan Rusia,” kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik sambil menyifatkan keadaan berpotensi sebagai ‘berbahaya’.
Sekurang-kurangnya enam gegaran susulan telah menggegarkan wilayah itu, termasuk satu pada 6.9 magnitud dan satu lagi disenaraikan pada 6.3.
Dalam pada itu, AS membunyikan penggera dengan beberapa siri amaran pada tahap yang berbeza-beza di sepanjang Pantai Barat Amerika Utara, dari Alaska hingga ke seluruh pantai California.
Pusat gempa bumi adalah kira-kira sama dengan gempa 9.0 magnitud pada tahun 1952 yang mengakibatkan tsunami dan memusnahkan seluruh Pasifik, menurut USGS.
Sumber: AFP