Jabatan Meteorologi Malaysia(MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan melibatkan dua buah negeri Semenanjung dan dua buah negeri lagi di luar Semenanjung.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia menerusi laman Facebook mereka, dijangkakan ribut petir akan berlaku di Perlis dan Kedah sehingga jam 7 malam ini. Ribut petir juga dijangkakan akan berlaku di Sabah dan Sarawak sehingga jam 5 petang ini.
Kawasan-kawasan yang dijangka terlibat bagi negeri Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik. Bagi kawasan yang terlibat di luar Semenanjung pula ialah Sibu (Selangau), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang bagi negeri Sarawak. Bagi negeri Sabah pula ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar). Turut terlibat sama ialah di kawasan Labuan.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia