Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak, dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga pukul 1 pagi ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah di bahagian Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga); Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri di Beluru.
Sumber : Bernama