Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 4 dan 5 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2.05 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 4 petang ini:
Perlis
Kedah: (Padang Terap, Sik dan Baling)
Perak: (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
Kelantan: (Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)
Terengganu: (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera)
Selangor
W.P Kuala Lumpur
W.P Putrajaya
Negeri Sembilan: (Tampin)
Melaka
Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu dan Miri (Subis)
Sabah: Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat)
Sementara itu, berikut adalah kawasan yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini:
Pahang: (Kuantan, Pekan dan Rompin)
Johor
Orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada hari ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber: MetMalaysia