Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran terkini ribut petir dan hujan lebat yang akan melanda beberapa kawasan melibatkan negeri-negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Data terkini yang dikeluarkan MET Malaysia adalah pada pukul 4:25 petang tadi dan ramalan dijangka sehingga pukul 7 malam nanti.
Bagi utara Semenanjung, kawasan yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim),
Manakala di pantai timur pula, kawasan terlibat adalah Terengganu dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).
Di kawasan tengah dan selatan pula negeri yang mungkin dilanda ribut petir dan hujan pada malam ini adalah Selangor (Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin), Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bharu).
Di samping itu, kawasan di Sarawak yang dijangka terjejas adalah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri, (Subis) dan Limbang (Lawas).
Manakala di Sabah pula yang mungkin akan terjejas adalah Pedalaman (Sipitang dan Tambunan), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Sumber: MET Malaysia