Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir di 9 buah negeri sehingga 10 malam ini.
Antaranya adalah beberapa daerah di dua buah negeri utara iaitu di Kedah dan Perak, Selain itu, beberapa daerah di Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan turut dinyatakan di dalam amaran berkenaan.
Daerah-daerah lain yang turut diramal dilanda ribut petir adalah beberapa daerah di Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.
Anda boleh merujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut.

Sumber: Twitter MetMalaysia