Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam ini.
Amaran yang dikeluarkan pada 3.45 petang ini telah melibatkan beberapa buah negeri termasuk di seluruh Perlis; seluruh Kedah; Seluruh Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Hilir Perak); Kelantan (Jeli dan Kuala Krai).
Selain itu, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun); Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Beran, Pekan dan Rompin); Selangor (Gombak, Petaling, Hulu Langat, Dan Sepang); Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) dan seluruh negeri Johor.
Bagi Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), daerah Tawau dan Sandakan. Sarawak pula di daerah Kuching, Miri, Limbang.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.
Sumber: MetMalaysia