Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di Sabah yang dijangka akan berlaku sehingga 1 pagi ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 10 malam itu hanya melibatkan negeri Sabah sahaja.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 1 pagi ini:
Sabah: Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod)
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya di kawasan yang dijangka dilanda ribut petir.
Sumber: MetMalaysia