Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda 4 buah negeri sehingga jam 1 pagi. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada pukul 11 malam hari ini melalui akaun rasmi Twitter mereka.
Berikut merupakan 4 buah negeri serta kawasan yang terlibat sehingga 1:00 pagi, 13 November 2020.
Perlis. Kedah – (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling) Sarawak – Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) Sabah – Pedalaman (Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid)
Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia