Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda di beberapa buah negeri sehingga 7 malam ini.
Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 3.40 petang tadi.
Berikut adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:-
Pahang: Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan & Rompin
Selangor: Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat & Sepang
Negeri Sembilan: seluruh negeri
Johor: Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi & Johor Bahru
Sarawak: Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei, Meradong), Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Daro), Kapit (Kapit, Bukit Mabong, Belaga) & Bintulu
Sabah: Tawau (Tawau, Kunak, Lahad Datu), Sandakan (Beluran) & Kudat
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia