
Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan hingga 5 petang, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.
Tidak hanya itu, keadaan sama turut dijangka berlaku di keseluruhan negeri Perlis, Kedah dan Perak, selain WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Di Kelantan, daerah terlibat adalah Jeli dan Gua Musang, manakala Terengganu membabitkan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang, daerah terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Bera, selain Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.
“Di Negeri Sembilan pula, daerah terlibat adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, manakala Melaka membabitkan Alor Gajah dan Jasin,” maklum METMalaysia.
Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Kuching (Lundu), Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang (Lawas).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Nak Tarik Pokok Halang Jalan, Tiba-tiba Abang Ni ‘Lesap’ Sekali Dengan Pokok
Sumber: METMalaysia