Melalui perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia di laman Twitter, satu kenyataan mengenai amaran ribut petir dan hujan lebat telah dikeluarkan bagi beberapa buah negeri.
Menerusi perkongsian yang dikemas kini pada 3.08 petang tadi, amaran ribut petir dan hujan lebat dijangkakakan akan berterusan sehingga 5.00 petang ini.
Berikut merupakan senarai negeri yang dijangka akan dilanda ribut petir dan hujan lebat:
Kedah: Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu
Pulau Pinang: Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan
Perak: Kerian dan Laut, Matang, dan Selama
Pahang: Pekan dan Rompin
Negeri Sembilan: Seremban, Port Dickson, Rembau, dan Tampin
Melaka: Alor Gajah, dan Jasin
Johor: Tangkak, Segamat, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru
Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Baluran), dan Kudat (Kota Marudu)
Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati untuk mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia