Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan negeri Perlis.
“Di Kedah, daerah terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.
“Di Perak, daerah terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta, manakala Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang pula, daerah terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Bera dan Rompin, selain daerah Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.
“Daerah terlibat di Johor pula adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum METMalaysia.
Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
Manakala, di Sabah membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Orang ramai diminta waspada
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Polis Kesan Anggota TUDM Dilaporkan Hilang Lebih Seminggu
BACA: Anggota TUDM Hilang Sejak 24 Ogos Ditemukan Selamat Hari Ini
BACA: Polis Hantar Pegawai Ke Thailand, Siasat Rakyat Malaysia Bawa Senjata Api
Sumber: METMalaysia