
Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, 1 WP – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan negeri Perlis, Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang, selain daerah Gua Musang di Kelantan.
“Di Negeri Sembilan pula, daerah yang terlibat adalah Jempol dan Tampin, manakala di Johor membabitkan daerah Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum METMalaysia.
Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Sibu (Selangau), Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Selain itu, di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar dan Putatan).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Talita Gembira, Impian Jadi Penyanyi Akhirnya Tercapai
BACA: Selepas 14 Tahun, Filem Terbaru Final Destination Temui Penonton Mei Ini
BACA: Wanita Malaysia ‘Terkejut’ Dengan Harga Inhaler Di AS
Sumber: METMalaysia