
Amaran Ribut Petir Di 4 Negeri, 3 WP
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 2 pagi, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“Di Selangor, daerah terlibat adalah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, manakala Negeri Sembilan membabitkan Seremban dan Port Dickson.
“Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).
“Manakala, Sabah pula membabitkan daerah Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: “Kebenaran Yang Orang Malaysia Tak Sedia Nak Dengar…” – Minah Saleh
Sumber: METMalaysia