
Amaran Ribut Petir Di 4 Negeri, 1 WP – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 6 petang, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan WP Labuan.
“Di Pahang, daerah terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub, manakala Johor membabitkan daerah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Di Sarawak, daerah terlibat adalah Kuching, Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
“Di Sabah pula, daerah terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Banyak Akal Budak Sekarang, Terus WS “Waibee” Nak Minta Tiang Gol
BACA: Tular Video Bersama Anak-anak Di Pusara Isteri, Pilu Hati Baca Coretan Suami Ni
BACA: Kisah Nahas Ketika Jem Jadi Tular, Sikap Pemilik X50 Buat Ramai “Salute”
Sumber: METMalaysia