amaran ribut petir
Sumber: METMalaysia
Tiada Kategori

Amaran Ribut Petir Di 3 Negeri, 1 WP – METMalaysia

Hannah

Amaran Ribut Petir Di 3 Negeri, 1 WP – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 4 petang, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah, selain keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Selangor, daerah terlibat adalah Hulu Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan membabitkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah.

“Sementara itu, Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat,” maklum METMalaysia.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Tular, Wanita Rusia Dedah Hal ‘Mengejutkan’ Terjadi Di Malaysia

Sumber: METMalaysia