
Kuala Lumpur, 20 Ogos- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di 11 buah negeri di seluruh Malaysia antaranya Perlis, Kedah, Terengganu, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
Ribut petir dijangka melanda sehingga 8 malam ini di Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun), Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat, Kluang dan Kulai), Sarawak (Sibu, Mukah, Kapit, Miri dan Limbang), Sabah (Pedalaman), Labuan, Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Bentong), Selangor (Hulu Selangor dan Gombak) serta W.P. Kuala Lumpur.
Sementara itu, amaran ribut petir sehingga jam 7 malam dikeluarkan ke atas kawasan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing) serta Sabah (Tenom, Keningau, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat).
Orang ramai dinasihatkan agar bersedia dan berhati-hati sentiasa.