Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjung Malaysia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Kawasan yang dijangkakan bakal dilanda ribut petir sehingga jam 8 malam ini ialah Dungun dan Kemaman (Terengganu), Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin (Pahang), Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang (Selangor), (WP Putrajaya), (WP Kuala Lumpur), (Negeri Sembilan), Jasin (Melaka), dan (Johor).
Bagi kawasan-kawasan di luar Semenanjung pula ialah Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah (Daro), Kapit (Song), Bintulu (Sebauh), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang (Sarawak), Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Sabah) dan (Labuan).
Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan diharapkan untuk lebih berhati-hati.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia