Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah kawasan sehingga 7 malam ini.
Amaran itu dikeluarkan pada pukul 3:20 petang tadi menunjukkan terdapat 5 negeri dan beberapa kawasan dijangka dilanda ribut petir.
Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah:
Perak: Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Pahang: Bentong
Selangor: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
WP Kuala Lumpur
Negeri Sembilan: Jelebu dan Jempol.
Bagi penduduk di kawasan-kawasan yang dijangka terlibat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di rumah sekiranya tiada urusan di luar.
Sumber: MetMalaysia