Menerusi perkongsian di Twitter, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia.
Menurut MetMalaysia dalam kemas kini terbaharu pada jam 12:40 tengah hari, ribut petir dan hujan lebat dijangka membadai di empat buah negeri sehingga 3:00 petang ini.
Berikut merupakan beberapa negeri dan kawasan yang dijangka terlibat:
Pahang: Kuantan, Pekan dan Rompin
Johor: Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru
Sarawak: Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Sarikei) dan Kapit (Song dan Belaga)
Sabah: Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Semporna dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat)
Oleh itu, orang awam yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan agar berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia