amaran hujan lebat
Kredit: Image FX
Tiada Kategori

Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri, 2 Wilayah Petang Ini

Sofea

Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri, 2 Wilayah Petang Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan berlaku di tujuh negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, jabatan itu memaklumkan bahawa amaran cuaca buruk itu melibatkan seluruh Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagi negeri Perak, ia melibatkan daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Pahang pula, hanya Tanah Tinggi Cameron yang diramal terlibat.

Amaran cuaca itu turut membabitkan negeri Selangor iaitu di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

BACA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia

Hujan lebat juga turut melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan.

Beralih ke Sarawak, hujan lebat diramal akan melanda Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Limbang (Lawas).

Manakala di Sabah pula hanya membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber: Malaysian Meteorological Department