amaran hujan lebat
Kredit: Image FX
Tiada Kategori

Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

Sofea

Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia memaklumkan bahawa keadaan hujan lebat akan melanda seluruh negeri Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Manakala, di Kedah pula melibatkan daerah Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang dijangka terlibat.

Bagi negeri Terengganu, ia melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Di Pahang pula, hanya daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Bera terlibat.

Beralih ke negeri Sarawak, keadaan cuaca itu akan melanda daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.

Manakala di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

BACA JUGA: Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Terdahulu, dalam satu perkongsian yang lain, MetMalaysia turut mengeluarkan ramalan cuaca signifikan.

Menurutnya, analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan angin dijangka berlanjutan di timur Sabah sehingga 18 September 2025.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

Sumber: MetMalaysia