hujan lebat 11 negeri
Kredit: Gambar ImageFX

Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Azizah Najib

Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan 11 negeri dan 2 Wilayah Persekutuan (WP) bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 8 malam nanti.

Menerusi amaran yang disiarkan di laman Facebook, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang. Amaran ini turut melibatkan WP Kuala Lumpur dan WP Labuan.

Di Perak, sebahagian kecil negeri tersebut bakal alami hujan lebat iaitu di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Selangor, cuaca buruk bakal landa daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Terus ke Negeri Sembilan, ribut petir dan hujan lebat dijangka landa daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

BACA: Ribut Tropika Kristine: 4 Negara Asean Hantar Bantuan Ke Filipina

Meninjau cuaca di pantai timur, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan. Begitu juga dengan beberapa daerah di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Manakala di Pahang, daerah Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera turut dijangka alami cuaca buruk.

Terus ke Sabah, amaran angin kencang, ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan bagi daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan). Amaran turut dikeluarkan bagi Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Sandakan).

Di Sarawak, daerah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong). Turut terlibat daerah Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang turut bakal mengalami cuaca buruk berkenaan.

BACA: Suami Isteri Maut, MPV Rempuh Jentera Pengorek Tanah Di Kuantan

Kredit: MetMalaysia

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berada di luar dan diminta elak dari mengunjungi kawasan berisiko.

BACA: Sebahagian Siling Plaza Tol Telemung Runtuh Akibat Ribut

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)