amaran hujan lebat
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Amaran Hujan Lebat Di 10 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Sofea

Amaran Hujan Lebat Di 10 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan melanda 10 negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 8 malam ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu akan melanda seluruh Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan Labuan.

Selain itu, hujan juga diramal berlaku di Pulau Pinang iaitu di Seberang Perai Selatan. Manakala, di Perak pula melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak.

Di Pahang, cuaca hujan akan melanda Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan.

BACA JUGA: Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta

Beralih ke Selangor pula, hanya daerah Klang, Petaling dan Hulu Langat yang terlibat.

Sementara itu, di Sarawak, MetMalaysia menjangkakan banyak daerah yang terlibat iaitu di Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah pula, ia melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod).

Sumber: Malaysian Meteorological Department