Amaran Hujan Berterusan
Sumber: METMalaysia
Tiada Kategori

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada – METMalaysia

Hannah

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan yang diramal berlaku di beberapa kawasan hingga 9 Disember (Selasa) ini.

Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan negeri Johor dan Sarawak hingga 8 Disember (esok).

“Di Johor, daerah terlibat adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Manakala, Sarawak pula membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) dan Sibu (Sibu dan Selangau),” maklum METMalaysia.

Selain itu, beberapa kawasan lain di Sarawak juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang serupa hingga 9 Disember (Selasa) ini.

Jelas METMalaysia, daerah Sarawak yang terlibat adalah Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini

BACA: Ramai Buat, 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh ‘Rosakkan’ Otak

BACA: 10 Tanda ‘Amaran’ Awal Anak Alami Tekanan Mental

Sumber: METMalaysia