
Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Di 4 Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan yang diramal berlaku di beberapa kawasan.
Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Pahang dan Johor, selain keseluruhan Kelantan dan Terengganu hingga 18 Disember (Khamis) ini.
“Di Pahang, daerah terlibat adalah Pahang Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi,” maklum METMalaysia.
Selain itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga 16 Disember (Selasa) ini.
“Daerah terlibat di Sarawak adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah,” maklum METMalaysia.
Di sisi lain, hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Pahang dan Johor hingga 18 Disember (Khamis) ini.
“Di Perak, daerah terlibat adalah Hulu Perak dan Kuala Kangsar. Pahang pula membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera, manakala Johor membabitkan Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: 6 Jenis Makanan Yang Boleh Rosakkan Otak
Sumber: METMalaysia