hujan tahap bahaya kelantan
Kredit: BERNAMA

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Kelantan, Terengganu Hingga Esok

Nurhanis

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Kelantan, Terengganu Hingga Esok

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran hujan sangat lebat berterusan di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu pula membabitkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

BACA: Hujan Lebat & Ribut, Tular Keadaan Sekolah Di Melaka Tercabut Bumbung & Alami Kerosakan

Dalam kenyataan sama, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan di seluruh Perlis serta beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling; Perak (Hulu Perak); Kelantan (Gua Musang); Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Jerantut dan Kuantan), yang dijangka berlaku hingga esok.

BACA JUGA: Resipi Apple Pie, Kalau Nak Sedap Bakar Jangan Goreng!

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku hingga esok melibatkan kawasan Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; seluruh Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis).

Sumber: BERNAMA

BACA: Kes COVID-19 Meningkat 29 Peratus Pada ME51