
Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di 4 Negeri, 1 WP
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan yang diramal berlaku di beberapa kawasan hingga 29 November (Sabtu) ini.
Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan serta keseluruhan WP Putrajaya.
“Di Terengganu, daerah terlibat adalah Kemaman, manakala Pahang membabitkan daerah Maran, Kuantan dan Pekan.
“Daerah terlibat di Selangor pula adalah Klang, Kuala Langat dan Sepang, manakala Negeri Sembilan membabitkan daerah Seremban dan Port Dickson,” maklum METMalaysia.
Selain itu, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor serta keseluruhan negeri Melaka dan WP Kuala Lumpur.
“Di Perak, daerah terlibat adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Di Terengganu, daerah terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
“Di Pahang pula, daerah terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin, Manakala, daerah terlibat di Selangor adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
“Di Negeri Sembilan, daerah terlibat adalah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, selain Johor membabitkan daerah Tangkak, Segamat dan Muar,” maklum METMalaysia lagi.
Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di Kedah, Perak dan Johor, serta keseluruhan Pulau Pinang dan Kelantan.
“Di Kedah, daerah terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu, manakala Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar dan Johor membabitkan Batu Pahat, Kluang dan Mersing,” tambah METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini
BACA: Ramai Buat, 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh ‘Rosakkan’ Otak
BACA: 10 Tanda ‘Amaran’ Awal Anak Alami Tekanan Mental
Sumber: METMalaysia