
Amaran Hujan Berterusan Hingga Esok – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan yang diramal berlaku di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, hingga esok.
Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Sabah, melibatkan daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
Selain itu, keadaan serupa dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan.
Tambah METMalaysia, hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di Sabah, melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang) dan Kudat.
Orang ramai diminta waspada
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini
BACA: Ramai Buat, 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh ‘Rosakkan’ Otak
BACA: 10 Tanda ‘Amaran’ Awal Anak Alami Tekanan Mental
Sumber: METMalaysia