amaran hujan berterusan
Gambar: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Di Kelantan, Terengganu Mulai Esok

Iqbal Yasir

Amaran Hujan Berterusan Di Kelantan, Terengganu Mulai Esok

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu mulai esok hingga Ahad ini.

BACA JUGA: Lelaki Terlepas Hukuman Mati, Diganti Penjara 20 Tahun Sebabkan Kematian Isteri

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Di Terengganu kawasan terlibat ialah Besut, Setiu dan Kuala Nerus, demikian menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA