
Amaran Hujan Berterusan Di Dua Negeri Hingga Esok
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sabah hingga 5 Februari, esok.
Menurut kenyataan tersebut, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku beberapa kawasan di Sabah seperti Telupid, Beluran dan Sandakan.
Manakala amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah juga hingga esok.
“Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah.
“Sementara Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia