Tujuh bulan lalu, menerusi sebuah wawancara bersama Policy Exchange, Bill Gates telah memberi amaran mengenai kesiapsiagaan menghadapi serangan cacar dan wabak pada masa akan datang.
Melalui wawancara tersebut, Bill Gates menyatakan negara seperti Amerika Syarikat dan Britain seharusnya membelanjakan puluhan bilion sebagai dana bagi kajian yang akan memakan kos yang tinggi bagi membasmi penyakit seperti selsema.
” Saya berharap, dalam jangka masa 5 tahun, Saya boleh menulis sebuah buku yang bertajuk ‘We are ready for the next pandemic‘. Namun, disebabkan ia bakal memakan kos yang tinggi dalam proses penyelidikan dan pembangunan, negara besar seperti Amerika Syarikat dan Britain perlu menjadi sebahagian daripadanya”
“Kos yang diambil berkemungkinan sebanyak satu billion setahun bagi petugas pandemik peringkat WHO untuk melakukan pengawasan dan sebenarnya melakukan ‘germ-games’ di tempat mereka berlatih”, katanya.
Lelaki keempat terkaya di dunia itu juga berkata bahawa dia akan terus berucap mengenai persediaan wabak, sebagai sebahagian kerjanya sebagai seorang dermawan.
Sumber:
Independent.co.uk