amaran banjir daerah kelantan terengganu
Gambar: Bernama

Amaran Banjir Di Beberapa Daerah Di Kelantan, Terengganu

Iqbal Yasir

Amaran Banjir Di Beberapa Daerah Di Kelantan, Terengganu

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), mengeluarkan amaran banjir yang melibatkan beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu susulan episod hujan berterusan melanda negara.

Daerah yang berisiko di Kelantan adalah Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli diramal bermula 6 petang hari ini hingga 27 November.

Manakala di Terengganu pula melibatkan daerah ialah Setiu dan Kemaman, dengan situasi dijangka berlaku bermula 27 November sehingga 29 November ini.

Menurut PRABN, amaran tersebut dikeluarkan berikutan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya dan Buruk) yang diumumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Berdasarkan pemantauan, beberapa lembangan sungai dikenal pasti berpotensi mengalami limpahan. Ini termasuk Lembangan Sungai Golok di Kelantan sementara Lembangan Sungai Setiu dan Lembangan Sungai Kemaman di Terengganu.

Kelantan

Gambar: JPS
Gambar: JPS

Terengganu

amaran banjir daerah kelantan terengganu
Gambar: JPS
amaran banjir daerah kelantan terengganu
Gambar: JPS

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia memaklumkan bahawa pemantauan rapi akan diteruskan, dan sebarang kemas kini amaran banjir akan dikeluarkan sekiranya hujan signifikan berterusan di kawasan lembangan sungai terbabit.

PRABN turut menegaskan bahawa banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tempoh yang dijangka.

Sehubungan itu, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk di kawasan berisiko diminta berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Maklumat dan amaran terkini boleh diperoleh melalui laman web Public Info Banjir di publicinfobanjir.water.gov.my dan di Facebook rasmi PublicInfoBanjir.

BACA: Amaran Banjir Di 4 Negeri

Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS) (

), (

)