Amalan Pelik, Kikis Badan Katak Dakwa Boleh Bantu Rawat Kemurungan

Sofea

Kemurungan menjadi salah satu masalah kesihatan mental utama di dunia pada masa kini yang boleh dihidapi oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.

Pakar-pakar dari seluruh dunia juga telah mengkaji dan melakukan pelbagai cara bagi mengatasi dan mencegah kemurungan bukan sahaja melalui ubat-ubatan malahan daripada segi psikologi sendiri.

Mungkin tidak pernah didengari, namun wujud satu dadah yang dicipta daripada kulit katak yang dikikis didakwa boleh merawat kemurungan dan anxiety.

Katak yang dikenali sebagai Kambo itu mempunyai kesan sampingan yang sangat ekstrem hingga menyebabkan sekurang-kurangnya satu kematian.

Kredit Foto: The Guardian.com

Perubatan itu juga merupakan ‘ritual’ tradisional yang dilakukan di negeri-negeri selatan Amerika namun telah ‘meraih populariti’ di barat.

Dukun dikatakan akan membuat satu kesan terbakar yang kecil pada bahu dan kaki seseorang dan menyapu rembesan Kambo pada luka tersebut.

Selepas 20 minit hingga ke satu jam, kesan daripada sapuan rembesan tersebut akan terlihat iaitu pesakit akan mula rasa sakit, pening, ketar-ketar, pengsan dan muntah-muntah.

Walaupun kesannya boleh seteruk itu, pesakit tetap percaya bahawa ia akan membantu ‘membersihkan’ pelbagai masalah seperti ketagihan, kemandulan dan migrain.

Kambo boleh ditemui di rantau hutan hujan di utara Brazil, timur Peru, tenggara Colombia dan di sebahagian Venezuela, Bolivia dan Guiana. Di Amazon, ekstrak Kambo tidak dianggap racun tetapi sebagai ubat.

Katak itu ditangkap dan anggota badannya diikat serta toksin akan dikikis menggunakan kayu atau buluh dan proses itu akan berlaku selama beberapa hari sebelum katak itu dilepaskan.

Kredit Foto: Thetimes

Pakar perubatan pula mengatakan bahawa katak tersebut tidak dibuktikan secara saintifik walaupun telah digunakan oleh orang suku kaum orang asli sejak bertahun lamanya.

Pada bulan Mac yang lalu, pengamal rawatan itu, Natasha Lechner, 39 ditemui mati dirumahnya di Mullumbimby, New South Wales, Australia dan pakar penyiasat mengesahkan bahawa wanita itu terkena serangan jantung disebabkan oleh penggunaan dadah tersebut.

Kambo sememangnya memberikan pelbagai kesan kepada tubuh badan manusia termasuk melegakan otot, melancarkan saluran darah dan meransang sel otak namun ia juga akan membawa placebo effect iaitu toksin yang boleh menyebabkan kematian.

Sumber: Metro Uk