Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini melaporkan keadaan semasa trafik di beberapa lebuhraya utama di negara ini.
Berdasarkan ciapan di Twitter pada 11.29 pagi ini, kelihatan trafik mulai perlahan dan sesak di laluan masuk Plaza Tol Gombak arah timur.
Kelihatan juga pos kawalan serta sekatan jalan raya pihak polis bagi kawalan rentas negeri di laluan plaza tol berkenaan.
Terdahulu Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di seluruh Semenanjung Malaysia (kecuali Perlis, Pahang & Kelantan) dikuatkuasakan Majlis Keselamatan Negara mulai hari ini sehingga 8 Disember depan.
Sebarang info trafik lebuhraya akan dikemaskini dari semasa ke semasa di media sosial LLM.
Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia