Aliran Trafik Di Lebuhraya PLUS Mulai Perlahan
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), beberapa laluan Lebuhraya Utara Selatan dicatatkan memiliki aliran trafik perlahan bagi kedua-dua belah arah sejak pukul 1.46 petang tadi.
Orang ramai yang dipercayai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman serta bercuti telah menyebabkan pertambahan kenderaan di jalan raya.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
LLM merekodkan 11 laluan yang mengalami aliran trafik perlahan iaitu, lapan laluan menghala utara dan tiga laluan menghala selatan.
Bagi arah utara, lapan laluan tersebut adalah Sungai Buloh ke Rawang, Bukit Beruntung ke Bukit Tagar, Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng, Kuala Kangsar ke Changkat Jering, Bandar Baharu ke Jawi, Juru ke Perai dan Seberang Jaya ke Sg. Dua.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Manakala tiga laluan yang mengalami aliran trafik perlahan menghala selatan iaitu Tanjung Malim ke Lembah Beringin, Terowong Menora ke Ipoh dan Sebelum Plaza tol Juru ke Bandar Cassia.
Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia via Facebook