ALIC perinci penginapan pekerja asean
Tiada Kategori

ALIC Ke-14 Perinci Kelangsungan Kemudahan Dan Penginapan Pekerja Di Rantau ASEAN

Muhammad Farhan

ALIC Ke-14 Perinci Kelangsungan Kemudahan Dan Penginapan Pekerja Di Rantau ASEAN

PULAU PINANG, 28 Oktober 2025 – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah menganjurkan the 14th ASEAN Labour Inspection Conference (14TH ALIC) yang bertemakan ‘‘The Sustainability of Employees’ Accommodation and Amenities Is A Tribute To Human Dignity And Equality” dan telah dirasmikan oleh YB Encik Zairil Khir Johari, EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mewakili YB Menteri Sumber Manusia.

Persidangan ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Antarabangsa KESUMA, YBrs. Encik Kamal bin Pardi, Ketua Pengarah (JTKSM), Puan Mega Irena, Sekretariat ASEAN, Focal Person Pemeriksa Buruh Negara-negara ASEAN Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Sekretariat ASEAN, Asean Confederation of Employer (ACE), Asean Trade Union Council (ATUC), Asean Services Employees Trade Union Council (ASETUC), International Association of Labour Inspector (IALI), International Organization for Migration (IOM) dan UN Women.

Persidangan ini bertujuan untuk memperincikan polisi, piawaian dan pelaksanaan pemeriksaan penginapan pekerja untuk melindungi hak pekerja di rantau ASEAN.

Melalui persidangan ini juga dapat menjelaskan isu, cabaran dan berkongsi amalan terbaik pemeriksaan penginapan pekerja antara negara ASEAN untuk memastikan kesejahteraan pekerja terpelihara.

Malaysia komited dalam memastikan penginapan yang disediakan kepada pekerja adalah selaras dengan standard antarabangsa. Pendirian tegas Kerajaan Malaysia dalam mengawal selia piawaian minimum pekerja diterjemahkan melalui penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 .

Pindaan Akta 446 pada tahun 2020 merupakan langkah berani KESUMA untuk mengukuhkan Akta 446 dengan memperluaskan liputan daripada hanya sektor perladangan dan perlombongan kepada semua sektor dan majikan yang menyediakan penginapan.

Dalam hal ini KESUMA terus merangka penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan penginapan pekerja yang disediakan adalah bermaruah.

Persidangan ini menunjukkan kebersamaan ASEAN untuk terus berusaha meningkat keadilan sosial kepada pekerja-pekerja.

ASEAN Labour Inspection Conference (ALIC) akan terus dijadikan sebagai platform untuk bertukar pandangan dan berkongsi amalan baik di kalangan negara anggota bagi memantapkan lagi peranan labour inspector.