Setelah sebulan lebih menjalankan misi kemanusiaan di negara bergolak, Palestin, Ustaz Ebit Lew kini sudah pulang semula ke tanah air yang tercinta.
Menerusi perkongsian terbaru di Facebook, beliau meluahkan rasa syukur kerana segalanya selamat dan baik-baik saja. Tidak cuma itu, beliau juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang selalu mendoakannya.

Tambahnya lagi, beliau dan juga pasukannya kini sedang menjalani kuarantin di tempat yang telah ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau juga turut berterima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Besar Malaysia di Mesir yang telah mempermudahkan urusan beliau di sana.
Minggu lalu, beliau telah berjaya memasuki Gaza dan menyantuni masyarakat di sana serta menyerahkan bantuan.
Sumber: Ebit Lew