petua alatan memasak berminyak
Gambar: ImageFX

Alatan Memasak Berminyak, Hapuskan Dengan 5 Petua Ini

Aina Munirah

Alatan Memasak Berminyak, Hapuskan Dengan 5 Petua Ini

Dalam kehidupan seharian, memasak merupakan satu rutin yang menyeronokkan dan menarik. Lebih bermakna jika aktiviti ini dilakukan bergotong-royong bersama ahli keluarga, sahabat mahupun komuniti tetangga anda.

Namun, perkara yang sering membuatkan ramai orang runsing adalah rutin membasuh peralatan selepas memasak.

Kebiasaannya, perkara ini akan menjadi senang sekiranya peralatan yang digunakan itu tidak begitu banyak.

Tapi, yang paling menyakitkan hati adalah apabila anda terpaksa mencuci peralatan memasak yang berminyak ataupun mempunyai sisa-sisa dari bahan memasak yang lain.

Mencuci peralatan yang berminyak kadangkala memerlukan masa yang lama untuk memastikan kesan minyak tersebut hilang.

Tambahan lagi, kesan minyak yang tidak hilang sepenuhnya juga akan menyebabkan ia menjadi tidak bersih dan lama-kelamaan akan membuatkan peralatan tersebut menjadi berkulat ataupun rosak.

Namun begitu, anda tidak perlu bimbang. Setiap masalah pasti akan ada solusinya. Justeru, ini adalah lima tip untuk memastikan kesan minyak yang melekat pada peralatan memasak anda hilang.

BACA: Lima Tip Guna Semula Bahan Dapur Halau Serangga

5 Tip Hilangkan Kesan Minyak Pada Peralatan Memasak

1. Gunakan sabun pencuci pinggan dan air panas

Cara ini membolehkan semua kotoran degil dapat dihapuskan. Anda cuma perlu mengisi campuran air panas dan sabun pencuci pinggan ke dalam sinki atau besen.

Kemudian, masukkan peralatan memasak ke dalam air sabun tersebut dan biarkan selama 30 minit. Jangan lupa untuk berus peralatan anda dengan menggunakan span penyental. Selepas itu, anda boleh alirkan dan bilas ia di bawah air bersih.

2. Guna serbuk penaik

Tidak dinafikan, serbuk penaik merupakan salah satu bahan yang mempunyai banyak fungsi. Untuk menghilangkan kesan minyak, campurkan serbuk penaik dengan air sehingga ia menjadi pekat.

Selepas itu, sapukan serbuk penaik tadi pada peralatan anda dan biarkan selama 12 ke 15 minit. Gosok dengan span penyental dan bilas di bawah air bersih.

3. Guna campuran cuka

Untuk membuat campuran cuka, campurkan cuka putih dan air di dalam satu bekas. Pastikan jumlah antara cuka dan air sama. Rendam semua peralatan selama 3o minit. Sental dengan span penyental dan bilas di bawah air bersih.

4. Gunakan jus lemon dan garam

Perahkan lemon pada peralatan anda. Kemudian, taburkan sedikit garam dan biarkan ia seketika. Seterusnya, sental dengan penyental dan anda boleh bilas di bawah air bersih.

5. Guna air mendidih

Sekiranya peralatan memasak anda kalis haba, anda boleh siramkan ia dengan air panas. Suhu yang panas itu akan menyebabkan minyak tersebut mudah tertanggal dan senang untuk dicuci.

BACA: 6 Tip Rebus Telur Supaya Kekal Cantik & Tak Retak

Sumber: Slurrp