
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 – Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa kenderaan berat yang gagal mematuhi peraturan pemasangan Speed Limitation Device (SLD) bukan sahaja melanggar undang-undang. Malah, ujarnya, ia mengundang risiko besar kepada keselamatan pengguna jalan raya lain.
Menurut beliau, Kementerian Pengangkutan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang serius isu tersebut. Beliau turut memberi amaran bahawa tiada sebarang kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak yang ingkar.
“Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil demi menjamin keselamatan semua,” ujar beliau.
Beliau turut menekankan bahawa keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama. Oleh itu, setiap pengguna diminta mematuhi undang-undang yang ditetapkan demi melindungi nyawa sendiri serta orang lain.
Pemasangan SLD diwajibkan bagi kenderaan berat sebagai langkah kawalan kelajuan, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan maut yang melibatkan lori dan bas.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Sumber: Anthony Loke