amanat ayah akad nikah
Kredit: Youtube Syrian Stream TikTok Taubatters

“Cinta Itu Nafkah Untuk Jiwa…”, Akad Nikah Diiringi ‘Amanat’ Ayah Ini Buat Ramai Sebak

Nur Syahirah Zainoor Hisham

“Cinta Itu Nafkah Untuk Jiwa…”, Akad Nikah Diiringi ‘Amanat’ Ayah Ini Buat Ramai Sebak

Kita sering disajikan dengan kisah kasih sayang bapa kepada anak yang membuatkan air mata kita bergenang di kelopak mata kita.

Kebanyakan insan yang memegang peranan bapa jarang mengungkapkan perkataan ‘sayang’ di bibirnya.

Namun, ini tidak menghalang insan bergelar bapa daripada terus menaburkan jasa dan bakti kepada keluarganya yang tersayang.

Terdapat pelbagai kisah yang menyayat hati berkenaan pengorbanan bapa yang sanggup melepaskan segala-galanya, termasuklah nyawa sendiri.

Sungguhpun begitu, bayangkan insan ini diberikan peluang untuk mengungkapkan rasa sayang terhadap anak-anaknya.

Mesti terlalu banyak perkara yang ingin diungkapkan namun kata-kata tidak dapat disusun dan diluah dari bibir sendiri.

Jika ia diungkapkan, sudah semestinya ia dapat menitiskan air mata pendengarnya, lagi-lagi buat insan yang ditujukan.

Dalam satu video yang dikongsi menerusi saluran Youtube, Syria Stream, seorang bapa telah melakukan sesi ‘curhat’ terhadap bakal suami anak perempuannya.

Akad nikah diiringi amanat si ayah buat ramai sebak

Video yang berdurasi satu minit 29 saat dipercayai dirakam sebelum kedua-dua pihak menjalankan sesi akad nikah.

Dalam versi yang telah diletakkan sari kata dalam akaun pengguna TikTok, Taubatters, para penonton boleh memahami apa yang disampaikan oleh kata-kata bapa yang diungkapkan dalam bahasa Arab.

Pada awal curahan hatinya, bapa itu menganggap anak perempuan yang bakal bernikah itu sebagai penerus legasinya, puterinya serta kekasih hatinya.

Dia turut menganggap anaknya sebagai rezeki pertamanya, pendorong untuk melakukan kebaikan dan ‘doktor’ yang mampu mengubati hatinya yang lara.

“Aku nikahkan dikau dengan penerusku, puteriku dan kekasih hatiku,

“Dan rezeki pertamaku dan menjadi pendorongku untuk kebaikan dan mengubatiku ketika doktor tidak mampu mengubatiku,”

Difahamkan, lelaki itu menganggap anaknya sebagai salah seorang insan yang disayanginya, selepas pemergian isterinya buat selama-lamanya.

Curahan hati bapa yang disampaikan dalam nada sebak, menusuk kalbu pendengarnya dan membuatkan para tetamu turut mengalirkan air mata

Pada hari tersebut, bapa wanita itu berkesempatan untuk menzahirkan amanah dari isterinya yang telah meninggalkan dunia kepada anak perempuannya.

“Hari ini, aku membawanya kepadamu, wasiat dari ibunya. Agar dia bersungguh-sungguh mentaatimu. Agar tidak derhaka kepadamu. Agar tidak memecahkan rahsiamu. Tidak sedih pada saat bahagiamu dan tidak bahagia ketika dukamu,”

Selain menitipkan pesanan buat anak perempuannya, bapa itu memberikan pesanan kepada pengantin lelaki dengan nada sebak.

” Maka, jangan memberikan tekanan kepadanya. Jangan membuatkannya menitiskan air mata. Jangan melarang dirinya untuk pergi ke rumah bapa dan kaum kerabatnya,”

Dalam pada itu, bapa itu menjelaskan maksud mahar sebenar kepada bakal pengantin lelaki.

“Ketahuilah bahawa maharnya bukan apa yang engkau berikan kepadanya sebelum bernikah. Namun, maharnya adalah apa yang engkau dapati di dalam rumahmu kelak,”

Dengan penuh emosi, lelaki itu meminta lelaki yang bakal ‘menggantikan’ tempat untuk mencurahkan kasih sayang kepada anaknya.

“Maka, curahkanlah rasa cinta untuknya kerana itulah nafkah untuk jiwa. Adapun harta, itu adalah nafkah untuk badan,”

“Jangan sakitiku melalui puteriku,”

BACA: Ini Cara Betul Cuci Rambut Macam Di Salon

Sumber: Syria Stream, Taubatters via TikTok