Aktiviti Solat Dibenarkan Kepada Jemaah Yang Sudah Lengkap 2 Dos Vaksin Di Masjid Atau Surau

Eyla Azri

Melalui satu sidang media khas yang disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, kemudahan kepada individu yang lengkap dua dos vaksinasi COVID-19 telah diumumkan.

Bagi individu yang mengambil suntikan vaksin dua dos iaitu jenis Pfizer, Astra Zeneca dan Sinovac, individu perlu melepasi hari ke 14 setelah suntikan dos kedua untuk mendapatkan kemudahan ini.

Manakala untuk vaksin satu dos seperti Jongson&Johnson, kemudahan ini terpakai selepas hari ke 28 dari tarikh suntikan.

Dengan ini, aktiviti solat sahaja dibenarkan ke atas semua fasa PPN. Jemaah perlu menunjukkan sijil digital lengkap dua dos vaksin kepada petugas masjid atau surau sebelum masuk ke pusat ibadah. Jemaah perlu terus pulang lepas solat jemaah selesai.

Kemudahan untuk aktiviti ibadah ini turut terpakai untuk semua agama.

Semua kemudahan untuk individu lengkap vaksinasi berkuatkuasa pada hari Selasa, 10 Ogos 2021.

Sumber: RTM