Gambar Via Bernama

Aktiviti PdP Pelajar Baharu Asasi & Diploma Dijalankan Sepenuhnya Dalam Talian Bermula Ogos- KPT

Sofea

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar baharu program Asasi dan Diploma, Sesi Akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula pada Ogos 2021.

Pun begitu, Universiti Awam (UA) boleh mempertimbangkan kemasukan pelajar Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bermula pada Oktober 2021 atau semester berikutnya bergantung kepada kesediaan dan ketetapan UA masing-masing.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh KPT menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, para pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628, melayari laman web IPT atau terus menghubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing.

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi