Aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup dibenarkan termasuk individu bukan nelayan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.
Menurut Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), aktiviti memancing bertujuan hobi pula tidak dibenarkan sama sekali untuk dilakukan.
Jelas DOF, aktiviti memancing yang perlu dilakukan secara individu sahaja dibenarkan di sungai, tebing, tasik, lombong dan persisir pantai tanpa dibolehkan merentas daerah dan negeri.
Setakat ini, pihak DOF sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak MKN bagi pengusaha bot dan kolam memancing.

Sumber:
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)