Tindakan berani ‘rider’ Food Panda yang menyelamatkan nyawa seorang gadis yang didakwa cuba membunuh diri di sebuah sungai di Klang mendapat pujian ramai warganet.
Video berdurasi 0.29 saat yang tular di media sosial baru baru ini, menunjukkan keberanian lelaki berkenaan yang meredah sungai dalam usaha membantu gadis tersebut.
Dia yang bertindak pantas terus mengangkat badan mangsa yang kelihatan mengadap permukaan air sebelum menarik mangsa ke tepi sungai.
Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut memuji tindakan lelaki berkenaan dalam usahanya menyelamatkan nyawa gadis tersebut tanpa mengira siapa pun.
Namun, tidak dapat dipastikan keadaan mangsa dan kejadian sebenar yang berlaku.
Tuhan murahkan rezeki abang yang baik hati

Bukan je hantar makanan tapi selamatkan nyawa

Untung Food Panda ada staf berani macam ni

Sumber : 我们是马来西亚人 We are Malaysians