Seorang suami tergamak menanam isterinya hidup-hidup hanya kerana isterinya meminta cerai yang telah dibantu oleh abang kandung dan kawan-kawanya.
Kejadian itu berlaku di Mexico apabila suspek bersama dengan 6 orang samseng bersubahat dan membuang mayat mangsa ke dalam sebuah kubur di Tuxtla Gutierrez, Chiapas di Mexico pada 2014. Kesemua suspek telah dikenalpasti.
Apabila ditanya kenapa suspek melakukan kejadian tersebut, suspek berkata bahawa dia membunuh isterinya hanya kerana dia tidak mahu mengeluarkan nafkah sekiranya mereka sah bercerai.
Mangsa meninggal apabila dibelasah oleh kumpulan samseng yang membantu suspek semasa mangsa ketika sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Kumpulan samseng tersebut berpura-pura terlanggar kereta mangsa untuk membuatkan mangsa keluar daripada kereta sebelum mangsa dipukul.
Mangsa kemudianya ditanam dengan keadaan tangan terikat di kawasan hartanah salah seorang suspek, menurut laporan The Sun.
Suspek kemudianya dijatuhkan hukuman penjara selama 51 tahun dengan tiga bulan penjara di El Amate selain diarahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa.
Sumber: Berita MediaCorp