Mungkin diri serba kekurangan serta berbeza dari orang lain, namun ia tidak menjadi penghalang untuk berusaha meneruskan kehidupan.
Itu yang dapat dilihat dengan perkongsian terbaru Ustaz Ebit Lew yang membantu seorang ibu tunggal OKU yang tiada kedua-dua tangan namun tetap berusaha berniaga untuk menyara anak-anak.
SK sebelum ini juga pernah berkongsi kisah wanita itu yang dipanggil sebagai Kak Ina.
Beri bantuan awning stall untuk kemudahan jualan, Kak Ina dilihat sebak dengan sumbangan itu.
Ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew di bawah ini.
Sedih sayu betul hati bila jumpa ibu tunggal oku tiada 2 tangan dan tiada 2 kaki di Sri Rampai Setapak. Kakak ini Besarkan 2 anak dengan berniaga kuih tepung pelita. Hantar ke sana sini. Tiada kedai. Sedap kuih pelita kakak ni buat.
Kakak ini rajin sangat. Masa saya sampai kakak ni siapkan makanan nasi penyet ikan keli. Sebak pula rasa bila dilayan begitu. Laju kakak ini kesana sini. Syukur dapat bantuan duit bulanan zakat dan jkm.
Saya terus belikan awning stall bergerak. Cantik. Bila saya bawa pada kakak ni dia terus menangis. Kuat juga menangis. Ya Allah, ustaz mahal cantik sangat. Tak mimpi dapat begini. Tak sampai sejam kami dapatkan stall ini.
Kakak ni akan mula berniaga depan tasik sri rampai. Menu utama kueh pelita. InsyaAllah akan jual juga nasi ayam penyet. Memang sedap sangat. Doakan buat akak ni ye. Jika siapa berdekatan boleh ler membeli dengan kakak ini.
Gambar Via Ebit Lew
Gambar Via Ebit Lew
Gambar Via Ebit LewSumber: Ebit Lew