Akademi Bola Sepak FK Sarajevo
Gambar: FK Sarajevo/YouTube

Akademi Bola Sepak FK Sarajevo Kini “Akademi Bolasepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail”

Hannah

Akademi Bola Sepak FK Sarajevo Kini “Akademi Bolasepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail”

Kelab Bola Sepak Sarajevo mengumumkan bahawa akademi bola sepaknya kini secara rasmi dinamakan sebagai Akademi Bola Sepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail.

Penamaan itu dibuat dengan perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Keputusan ini sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan antarabangsa FK Sarajevo.

Ia juga mencerminkan visi bersama para pelabur utama kelab berkenaan dalam memajukan bakat muda serta memperkukuh hubungan global kelab itu.

“Kelab Bola Sepak Sarajevo dengan bangganya mengumumkan bahawa akademi bola sepaknya telah dinamakan sebagai Akademi Bola Sepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail, dengan perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor, Malaysia,” menurut kenyataan di laman X rasmi FK Sarajevo.

“Keputusan ini menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan antarabangsa FK Sarajevo, yang mencerminkan visi bersama para pelabur utama kelab itu, Tan Sri Vincent Tan dan Ismir Mirvić.

“Dengan kerjasama Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, kelab berkenaan terus melaksanakan misinya untuk memodenkan serta meletakkan FK Sarajevo di pentas global sebagai contoh kecemerlangan bola sepak di rantau Eropah Tenggara,” tambah FK Sarajevo di laman YouTube rasminya.

BACA: Sharifah Ariel Pastikan Negaraku Bergema Di Bumi Bahrain

Sumber: OfficialJohor/X