Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam satu siaran media terkini memaklumkan bahawa Kolam Imbangan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ini telah lulus ujian kualiti dan pematuhan berdasarkan standard Kementerian kesihatan Malaysia pada jam 7 malam tadi dan telah disalurkan ke sistem agihan bekalan air pada jam 7.30 malam.
Air Selangor memaklumkan juga kumpulan pertama akan mula mendapat bekalan air bersih seawal jam 12 tengah malam ini, 7 Oktober 2020 dan menganggarkan keseluruhan kumpulan pertama yang merangkumi 145 kawasan yang terjejasakan menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 6 petang pada tarikh sama.
Pengguna disarankan untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. pengguna juga disarankan dapat menggunakan bekalan air dengan berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan dengan lancar.
